Dua lelaki didakwa seludup 16 migran

DUA  lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan mengangkut 16 migran yang diseludup menggunakan kenderaan di Plaza Tol Jitra arah Selatan, bulan lepas.

Peniaga kantin K. Karupaya, 47, dan penyelia tapak P. Thinagaran, 43, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Sharmila Abdul Samad.

Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Karupaya didakwa mengangkut 11 migran menggunakan kenderaan Hyundai Starex berwarna putih pada kira-kira 4 pagi 14 Jan, lapor Bernama.

Thinagaran pula didakwa mengangkut lima migran menggunakan Perodua Aruz di lokasi serta pada waktu dan tarikh yang sama.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan ditawarkan kepada mereka dan sebutan kes ditetapkan pada 13 April untuk dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasruna Anhar Nordien manakala dua lelaki itu tidak diwakili peguam.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img