Dua rakan aktif samun kedai serbaneka diberkas

POLIS menahan dua rakan yang aktif melakukan jenayah samun kedai serbaneka dalam operasi berasingan di Kajang dan Cheras, baru-baru ini.

Kedua-dua lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditahan susulan siasatan kes samun di sebuah kedai serbaneka di Taman Mutiara, Cheras.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 4 pagi pada 22 Februari lalu.

Menurutnya, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras melancarkan operasi bagi mengesan suspek.

“Operasi itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan berusia lingkungan 26 tahun di dua lokasi berasingan sekitar Kajang dan Cheras.

“Polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika melakukan jenayah samun tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Rosdi, hasil soal siasat lanjut terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka dipercayai terlibat dalam beberapa kejadian samun kedai serbaneka serta kes melarikan kenderaan.

Katanya, kegiatan itu dikesan berlaku di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

“Dengan penangkapan kedua-dua suspek, polis percaya berjaya menyelesaikan beberapa kes samun kedai serbaneka serta kes melarikan kenderaan yang dilaporkan sebelum ini,” katanya.

Tambah beliau, kes ini disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Menurutnya, kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi arahan pertuduhan dalam masa terdekat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img