Dua wanita ditahan susulan 5 laporan kanak-kanak dipukul di tadika Saujana Utama

POLIS menerima lima laporan berhubung kejadian empat kanak-kanak didakwa dipukul di sebuah tadika di Saujana Utama, Sungai Buloh semalam.

Berikutan laporan itu, polis menahan dua wanita dipercayai penjaga di premis berkenaan hari ini bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian dipercayai berlaku Julai hingga Ogos lalu membabitkan kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun, dengan satu rakaman video sebagai bukti turut ditemukan.

“Dua wanita yang ditahan kini direman lima hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Seorang lagi individu akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan berita palsu yang membolehkan pendakwaan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu seorang pengguna Threads berkongsi hantaran mendakwa mempunyai video anaknya didakwa didera di sebuah taska di Saujana Utama dan memaklumkan akan membuat laporan polis berhubung perkara itu, selain mendakwa mempunyai video anak orang lain yang turut didera.

Turut dikongsikan satu video memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dikasari seorang wanita ketika diberi makan dipercayai di sebuah premis.

Berdasarkan hantaran dikongsikan bersama video itu mendakwa kes itu membabitkan anak rakannya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img