Elak dimarah sebab balik lewat: Wanita buat laporan palsu dakwa dirogol

SEORANG wanita membuat laporan palsu dia menjadi mangsa rogol pemandu e-hailing dan dipaksa melakukan seks luar tabii selepas dimarahi keluarganya kerana pulang lewat.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, bagaimanapun hasil soal siasat dijalankan oleh polis sewaktu keterangannya diambil, pihaknya mendapati wanita tempatan berusia 25 tahun yang tidak bekerja itu hanya membuat laporan palsu.

“Polis menerima laporan yang dibuat wanita berkenaan pada jam 10.27 pagi semalam mendakwa dia dirogol dan dipaksa melakukan seks luar tabii dalam kereta pemandu e-hailing di kawasan Jalan Pulai Perdana, Kangkar Pulai di Iskandar Puteri pada jam 8.30 malam kelmarin.

“Bagaimanapun siasatan mendapati pengadu membuat laporan palsu kerana dimarahi keluarganya apabila pulang lewat ke rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Kumarasan berkata, keterangan wanita itu sudah diambil untuk siasatan lanjut dan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu.

“Tindakan membuat laporan palsu adalah kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img