Empat ahli keluarga termasuk mentua didakwa lakukan khianat, cederakan Prince Syed

EMPAT ahli keluarga mentua pempengaruh dikenali sebagai Prince Syed didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas pertuduhan melakukan perbuatan khianat dan mencederakan pempengaruh itu.

‎‎Muhammad Syahmi Faiz Ishak, 31, Ishak Saif, 59, Aminah Haniffa, 55, dan Muhammad Ikhwan Alif Ishak, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Mengikut tuduhan, Muhammad Syahmi didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) milik isteri pempengaruh itu, Fatin Syazwani Ishak, 27, sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM560 di sebuah kawasan perumahan di Sungai Bertek, Klang, pada 2 November lepas. ‎‎

‎‎Muhammad Syahmi dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Manakala ‎‎Ishak, Aminah dan Muhammad Ikhwan pula didakwa secara bersama sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Prince Syed, atau nama sebenarnya Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman, 33, di tempat dan tarikh sama.

‎‎Pertuduhan terhadap mereka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

‎‎Timbalan Pendakwa Raya Salman Alfarisi Nawawi tidak menawarkan jaminan kepada Muhammad Syahmi manakala tiga tertuduh lain ditawarkan jaminan RM4,000 setiap seorang.

‎‎Peguam K Nathiya yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan yang rendah bagi kesemua anak guamnya.

‎‎Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 terhadap Muhammad Syahmi berserta syarat tambahan, iaitu perlu melaporkan diri ke balai polis sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Tiga lagi tertuduh dibenarkan jaminan RM1,500 setiap seorang. Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes itu pada 26 Januari depan.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img