Empat rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Kilang Sago, Kulim

EMPAT buah rumah musnah dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Kilang Sago, Desa Penaga di Kulim, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.14 malam itu, kebakaran tersebut melibatkan tiga buah rumah setingkat dan sebuah rumah dua tingkat yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

GAMBAR: Pasukan Bomba Sukarela Kulim

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan, pihaknya segera menggerakkan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim serta BBP Kulim Hi-Tech sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian hanya dalam tempoh lima minit dan mendapati api sedang marak. Bagaimanapun, hasil tindakan agresif anggota di lapangan, kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.37 malam,” menurut kenyataan JBPM Kedah hari ini.

Operasi pemadaman turut mendapat kerjasama daripada Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi memastikan keselamatan kawasan sekitar.

Jurucakap bomba mengesahkan tiada sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden tersebut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.22 malam selepas kerja-kerja pemeriksaan rapi atau overhaul dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca api yang tersisa.

Punca sebenar kebakaran dan jumlah kerugian yang dialami mangsa masih dalam proses siasatan pihak unit forensik kebakaran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img