Empat suspek curi kabel MRT diberkas – Prasarana

POLIS menahan empat suspek yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian kabel tren aliran massa (MRT) Laluan Putrajaya, baru-baru ini.

Tangkapan dibuat hasil maklumat risikan serta intipan yang dijalankan bersama oleh Unit Polis Bantuan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) serta pasukan daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Prasarana dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua suspek berusia antara 30 hingga 45 tahun itu dibawa ke lokasi kejadian bagi tujuan pengecaman dan membantu siasatan berkaitan barang kes yang ditemukan.

“Tangkapan itu dibuat susulan laporan polis yang dikemukakan oleh Prasarana berhubung kejadian kecurian kabel berhampiran Stesen Sri Damansara Barat pada 3 Mac lalu,” kata kenyataan itu.

Insiden kecurian berkenaan mengakibatkan gangguan kepada operasi perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya selama tiga hari sekali gus menimbulkan kesulitan kepada ribuan pengguna pengangkutan awam kendalian Prasarana.

Mengulas lanjut mengenai kejadian itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Amir Hamdan berkata, kerjasama erat antara Unit Polis Bantuan Prasarana dan PDRM akan terus diperkukuhkan.

“Usaha itu akan dilakukan melalui usaha pemantauan, intipan serta perkongsian maklumat secara berterusan bagi memastikan kegiatan kecurian kabel dapat dibanteras sepenuhnya.

“Saya merakamkan ucapan syabas dan penghargaan kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari IPK Selangor atas tindakan pantas dan profesional dalam memberkas suspek serta

membantu mempercepatkan proses siasatan,” katanya.

Katanya, Prasarana akan terus memperkukuhkan langkah keselamatan di sepanjang jajaran MRT Laluan Putrajaya.

“Ini termasuk meningkatkan rondaan keselamatan, pemantauan serta kerjasama strategik dengan pihak berkuasa. Ia bagi memastikan keselamatan infrastruktur pengangkutan awam sentiasa terpelihara.

“Orang ramai juga diseru untuk menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan kegiatan mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan kemudahan pengangkutan awam negara,” katanya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img