Enam individu ditahan, operasi tumpas air ketum di Rawang

SERAMAI enam individu ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam aktiviti pemprosesan dan pembungkusan air ketum di sebuah premis kediaman di Rawang, Selangor, pada Khamis lepas.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, serbuan yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak itu, pihaknya merampas 125.6 liter air ketum.

“Turut dirampas 20 kilogram daun ketum serta pelbagai peralatan memproses bahan berkenaan dengan nilai rampasan berjumlah RM21,600, dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang.

“Selain itu, polis turut menyita sebuah kenderaan jenis Toyota Hiace yang berada di hadapan premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

ACP Noor Ariffin berkata semakan mendapati kesemua yang ditahan iaitu seorang lelaki tempatan serta tiga lelaki dan dua wanita warga asing berusia antara 21 hingga 38 tahun, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan saringan awal air kencing adalah negatif.

Kesemua suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

Beliau turut menyeru orang awam agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah bagi membantu usaha pembanterasan secara berterusan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img