Gempa bumi lemah landa Jementah, gegaran dirasai di Segamat

SATU gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di Jementah di Segamat, Johor pada jam 7.55 malam ini.

Selepas hampir dua bulan tiada gegaran gempa bumi direkodkan, penduduk di daerah Segamat kembali dikejutkan dengan gegaran yang dirasai pada jam 7.55 malam.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu berukuran magnitud 2.7 pada skala Richter dengan kedalaman 10 kilometer.

“Pusat gempa dikenal pasti pada koordinat 2.5 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, iaitu kira-kira tiga kilometer di barat Segamat,” katanya dalam kenyataan, lapor Sinar Harian.

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan gegaran turut dirasai di sekitar Segamat dan kawasan berhampiran.

Menurut rekod, gempa pertama berlaku di Segamat dengan kekuatan 4.1 dan 2.8 magnitud pada 24 Ogos diikuti 3.2 magnitud pada 27 Ogos; 2.5 magnitud (28 Ogos) dan 3.4 magnitud (29 Ogos).

Sementara di Batu Pahat pula dengan kekuatan 2.7 dan 2.9 magnitud dilaporkan berlaku pada 30 dan 31 Ogos lalu dan terakhir 2.9 magnitud pada 3 September lalu.

Orang ramai yang merasai gegaran akibat gempa bumi itu diminta mengisi borang soal selidik di pautan https://forms.gle/1cWc2YD8DgWpbDJP7.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img