Guru didakwa lakukan amang seksual terhadap 4 pelajar

SEORANG guru sekolah rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat kanak-kanak sejak tahun 2024.

Tertuduh, Mohamad Kamal Nik Ismail, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mohamad Kamal didakwa melakukan perkara tidak senonoh terhadap empat pelajar lelaki berusia 12 tahun di Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), bilik guru dan sebelah dewan sebuah sekolah di Senawang antara Jun 2024 hingga September tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 41(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni memohon ikat jamin RM30,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dan ditempatkan sementara di sebuah pusat kegiatan guru sejak bulan lalu, memohon jaminan minimum, selain memaklumkan dia sudah berkahwin tetapi tiada anak.

Mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM9,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan, melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan hingga kes selesai.

Hakim turut menetapkan sebutan semula kes untuk lantikan peguam dan serahan dokumen pada 23 Februari depan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img