Guru tuisyen maut terjatuh dari tingkat 17 kondominium

SEORANG guru tuisyen wanita maut selepas terjatuh dari beranda tingkat 17 sebuah kondominium di kawasan Bandar Tun Hussein Onn di Kajang, semalam.

Wanita berusia 24 tahun itu dikatakan tinggal bersama keluarga dan dipercayai mempunyai masalah peribadi sebelum ditemukan dalam keadaan terbaring dan disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada jam 3.06 petang.

Menurutnya, hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah kecederaan pelbagai akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Siasatan mendapati tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian ini dan kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Raqib Abu Bakar di talian 017-880 6636 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, polis juga menasihatkan masyarakat yang mempunyai masalah peribadi dan memerlukan bantuan untuk menghubungi talian Kasih 15999 atau berjumpa kaunselor yang bertauliah untuk nasihat selanjutnya.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img