Harga diesel di Thailand naik RM5.75 sen seliter, subsidi dikurangkan

HARGA diesel di stesen minyak seluruh Thailand meningkat sebanyak 3.50 baht (RM0.46) seliter kepada 44.24 baht (RM5.75) seliter hari ini, meningkat 48% berbanding sebulan lalu.

Syarikat minyak utama, PTT dan Bangchak, turut mengumumkan kenaikan 1.20 baht (RM0.16) seliter bagi semua gred petrol. Syarikat pengedar lain dijangka mengikuti langkah tersebut.

Kenaikan harga diesel diumumkan selepas Jawatankuasa Dana Minyak mengurangkan subsidi bahan api itu daripada 22.89 baht (RM2.97) seliter kepada 17.78 baht (RM2.31) seliter.

Sejak 28 Februari, hari Israel dan Amerika Syarikat mula menyerang  Iran, harga diesel meningkat kira-kira 14.30 baht (RM1.86) seliter, mencerminkan kesan konflik serantau yang menjejaskan bekalan tenaga global. Harga B20 biodieselturut dinaikkan 3.50 baht (RM0.46) seliter kepada 39.24 baht (RM5.10) seliter selepas subsidi dikurangkan daripada 20.12 baht (RM2.62) seliter.

Sebelum ini, tersebar laporan dalam talian mengenai kenaikan semua jenis bahan api sebanyak 3.00 baht (39 sen) seliter atau lebih, namun Kementerian Tenaga Thailand menafikan dan menamakan laporan tersebut sebagai berita palsu.

Sementara itu, Dana Minyak sedang merancang memohon pinjaman bank bagi menstabilkan kewangan, selepas mencatat defisit 42 bilion baht (RM5.46 bilion) akibat subsidi bahan api. Laporan menyebut dana ini bercadang mendapatkan jaminan daripada Ministry of Finance Thailand untuk pinjaman sehingga 150 bilion baht (RM19.5 bilion).



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img