Hasil suku pertama Sedania meningkat kepada RM22.43 juta berbanding RM15.88 juta tempoh sama tahun lalu

SEDANIA Innovator Berhad memulakan tahun kewangan 2026 dengan momentum positif, mencatat pertumbuhan hasil 41% tahun ke tahun bagi suku pertama berakhir 30 September 2025.

Dalam satu kenyataan, Sedania memaklumkan, hasil suku pertama meningkat kepada RM22.43 juta berbanding RM15.88 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

‘’Prestasi ini didorong oleh pertumbuhan berterusan dalam segmen “Sustainable Brands” dan “Sustainable Consumer Technology”, dengan EBITDA meningkat kepada RM1.81 juta berbanding RM0.44 juta setahun lalu.

‘’Keuntungan operasi pula melonjak kepada RM1.24 juta, berbanding kerugian RM0.16 juta sebelum ini,’’ kata kenyataan tersebut.

Tun Md Raus Sharif

 Mengulas pencapaian tersebut, Pengerusinya Tun Md Raus Sharif berkata, prestasi itu membuktikan bahawa tumpuan strategik kumpulan berkenaan terhadap pertumbuhan lestari dan disiplin operasi memberikan hasil nyata.

‘’Jenama mampan dan penyelesaian teknologi kami terus meraih momentum kukuh, disokong oleh pelaksanaan berkesan dan permintaan pasaran yang semakin meningkat,’’ katanya.

Pengarah Urusan Datuk Azrin Mohd Noor pula berkata,  pertumbuhan tahun ke tahun dicatat merentasi segmen ‘Sustainable Brands’ dan ‘Sustainable Consumer Technology’, mencerminkan kekuatan portfolio serta impak disiplin kos dan penambahbaikan operasi.

Datuk Azrin Mohd Noor

‘’Fokus kami kekal pada pertumbuhan lestari dan penciptaan nilai bermakna untuk komuniti yang kami sokong,’’ katanya.

Kenyataan berkenaan seterusnya memaklumkan, segmen Sustainable Brands, termasuk jenama Offspring dan Tanamera, mencatat hasil RM18.79 juta, meningkat 40% daripada RM13.39 juta tahun lalu.

‘’Pertumbuhan ini disokong oleh prestasi domestik yang kukuh, permintaan antarabangsa yang meningkat serta pengukuhan saluran digital dan runcit,’’ kata kenyataan berkenaan.

Segmen Sustainable Consumer Technology pula kata kenyatan itu merekodkan RM3.39 juta hasil, peningkatan 42% tahun ke tahun, dengan bahagian teknologi kewangan menyumbang RM3.10 juta daripada penggunaan As-Sidq dan Program Pembiayaan GoHalal.

‘’’Melangkah ke hadapan, SEDANIA optimis mengekalkan trajektori positif sepanjang FY26, dengan fokus memperluas pasaran antarabangsa, meningkatkan kehadiran runcit jenama Offspring dan Tanamera, serta mempercepat penerimaan As-Sidq dan Program Pembiayaan GoHalal,’’ kata kenyataan itu.

Untuk rekod, SEDANIA merupakan sebuah syarikat pemegang pelaburan yang memberi tumpuan kepada perniagaan kearah kelestarian.

Sejak disenaraikan pada tahun 2015 di Pasaran ACE Bursa Malaysia, Kumpulan telah melabur dalam perniagaan inovatif yang membawa\kepada peningkatan kelestarian dan pengurangan pelepasan karbon, menyumbang kepada ekonomi yang lebih mampan.

Kumpulan didorong oleh teras perniagaan utama dalam barangan dan perkhidmatan pengguna mampan, berorientasikan pengguna:

*Offspring Inc Sdn Bhd (“Offspring”), Tanamera Group Sdn Bhd (“Tanamera”), dan SEDANIA As Salam Capital Sdn Bhd.

*Offspring, jenama bayi mampan yang menawarkan pelbagai produk dengan lebih dari 170 SKU yang diperbuat daripada bahan mesra alam dan pembungkusan yang boleh didegradasi yang terdapat di tiga benua antarabangsa.

 *Tanamera adalah penanda aras dalam penjagaan peribadi premium, semula jadi, dengan mencampurkan tradisi Asia dengan herba tropika ekologi kepada pelanggan yang tahap antarabangsa.

SEDANIA As Salam Capital, peneraju dalam revolusi kewangan digital, merangkumi hampir 95 institusi perkhidmatan kewangan dengan penyelesaian FinTech inovatif, pengurusan harta Islam JOMHIBAH, dan Program Pembiayaan GoHalal (“GHP”) untuk meningkatkan inklusif kewangan dan kesejahteraan.

Teras utama ini menekankan komitmen teguh SEDANIA terhadap inovasi, kelestarian, dan penyediaan barangan dan perkhidmatan berorientasikan pengguna.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img