‘’Ingat kata-kata saya…AS akan menyesal’’ – Amaran Menteri Luar Iran

‘’ Ingat kata‑kata saya: AS akan menyesal atas duluan yang telah mereka tetapkan ini,” Itulah amaran yang diberikan oleh Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi.

Melalui platform X, beliau mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) yang didakwanya melakukan kekejaman di laut selepas menenggelamkan kapal frigat Tentera Laut Iran, Dena, dan memberi amaran bahawa Washington akan menyesal atas tindakan tersebut.

 Araghchi berkata serangan itu berlaku di perairan antarabangsa kira‑kira 3,219 kilometer dari pesisir Iran, tanpa sebarang amaran awal

Beliau turut menjelaskan bahawa kapal berkenaan membawa hampir 130 kelasi dan berada di kawasan tersebut sebagai tetamu Tentera Laut India.

“AS telah melakukan kekejaman di laut, 2,000 batu jauhnya dari pesisir Iran. Kapal frigat Dena, yang merupakan tetamu Tentera Laut India dan membawa hampir 130 kelasi, telah diserang di perairan antarabangsa tanpa amaran,” katanya.

Araghchi turut memberi amaran bahawa tindakan itu mewujudkan satu duluan berbahaya yang bakal membawa implikasi besar terhadap keselamatan maritim global.

Amat Araghchi itu dibuat selepas Tentera Laut Amerika Syarikat menenggelamkan kapal Dena yang sedang dalam perjalanan pulang selepas menyertai latihan tentera laut Milan, satu latihan ketenteraan pelbagai negara yang dianjurkan oleh India.

Serangan maut di Lautan Hindi itu dilaporkan telah mengorbankan sekurang-kurangnya 80 orang kelasi.

Serangan tersebut berlaku di tengah-tengah gelombang operasi ketenteraan yang semakin sengit oleh Amerika Syarikat dan Israel terhadap sasaran-sasaran Iran.

Intensiti serangan pada hari Rabu dilaporkan begitu tinggi sehingga televisyen negara Iran menyatakan bahawa satu majlis perkabungan yang dirancang untuk Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei, yang terbunuh pada awal konflik, terpaksa ditangguhkan.

.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img