SETIAUSAHA Majlis Keselamatan Negara Tertinggi Iran, Ali Larijani, menyindir pandangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mendakwa imej demonstrasi besar-besaran di seluruh Iran menentang AS dan Israel telah dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI).
Menurut laporan Tasnim News Agency, Larijani dalam satu hantaran di platform X memperlekehkan kenyataan Trump yang mendakwa kehadiran jutaan rakyat Iran dalam perhimpunan anti-AS dan rejim Zionis hanyalah hasil manipulasi AI.
Larijani turut membuat perbandingan dengan Perdana Menteri era monarki Pahlavi pada tahun 1979, yang ketika itu beranggapan laungan penunjuk perasaan semasa Revolusi Islam Iran hanyalah rakaman pita.
“Kemenangan bersejarah rakyat Iran ke atas sisa-sisa Pulau Epstein semakin hampir,” katanya.
Sementara itu, Juru bicara militer Iran, Ebrahim Zolfaghari, mengingatkan Trump bahwa akhir perang tidak akan ditentukan melalui media sosial.
‘’Kita tentukan di medan perang,” katanya dalam video yang disiarkan oleh Al-Jazaeera hari ini.
Zolfaghari juga menyindir nama kempen AS “Epic Fury,” dengan mengatakan bahwa sebutan yang lebih tepat adalah “Epic Fear.”
Israel dan AS melancarkan serangan gabungan terhadap Iran pada 28 Februari, yang setakat ini menewaskan sekitar 1, 300 orang, termasuk Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei.
Iran telah membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu dengan menyasarkan Israel, Jordab, Iraq, dan negara-negara Teluk yang menampung aset tentera AS.


