Iran tembak jatuh pesawa F-35 milik AS, juruterbang ditahan

KOR Pengawal Republik Islam (IRGC) Iran hari ini mengesahkan mereka telah menembak jatuh pesawat pejuang kedua F-35 Lightning II milik Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu kenyataan, pesawat itu telah dimusnahkan di ruang udara Iran tengah oleh sistem pertahanan canggih baharu milik Pasukan Aeroangkasa IRGC.

Tasnim News Agency melaporkan, IRGC menyatakan pesawat pejuang yang ditembak jatuh itu milik skuadron Lakenheath squadron.

‘’Pesawat pejuang penceroboh itu telah dimusnahkan sepenuhnya dan terhempas,’’ kata kenyataan tersebut.

Dalam tempoh dua belas jam yang lalu, ini merupakan pesawat pejuang kedua yang telah dimusnahkan oleh pertahanan udara IRGC, dan disebabkan pesawat tersebut hancur berkecai, tiada maklumat mengenai nasib juruterbang, menurut satu kenyataan.

Bagaimanapun, agensi berita memberitahu, melalui satu laporan yang belum disahkan menunjukkan juruterbang pesawat itu mungkin telah ditangkap oleh pasukan Iran.

‘’Berdasarkan beberapa maklumat, susulan pemusnahan pesawat pejuang canggih Amerika oleh IRGC awal hari Jumaat, juruterbang tersebut telah melenting keluar dan mendarat di dalam Iran,’’ kata laporan berkenaan.

Agensi berita itu melaporkan  terdapat petunjuk bahawa AS dengan kepercayaan juruterbang tersebut mungkin masih hidup, telah cuba untuk mengeluarkannya dari sempadan Iran.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img