Iran tidak minta gencatan senjata, teruskan penentangan bermaruah lawan AS-Israel

MENTERI Luar Iran, Abbas Araqchi, menegaskan bahawa Iran tidak pernah mengemukakan sebarang permintaan untuk gencatan senjata di tengah-tengah apa yang disifatkannya sebagai “penentangan yang bermaruah dan tidak tergoyahkan” terhadap perang pencerobohan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat dan rejim Zionis.

Dalam kenyataan kepada media hari ini, Araqchi berkata Iran tidak pernah menghantar sebarang mesej atau membuat permintaan bagi gencatan senjata sejak tercetusnya kempen ketenteraan Amerika Syarikat dan Israel.

“Namun, perang ini harus berakhir dengan cara yang memastikan ia tidak berulang lagi dan musuh tidak akan berfikir untuk melakukan pencerobohan sekali lagi. Setakat ini mereka telah menerima pengajaran yang baik,” kata Menteri Luar Iran itu.

Araqchi berkata musuh Amerika Syarikat dan Israel kini menyedari betapa besarnya kekuatan bangsa Iran yang sedang mereka hadapi. Beliau menegaskan bahawa Iran tidak akan teragak-agak untuk mempertahankan diri dan akan meneruskan peperangan selama mana yang diperlukan.

Beliau turut menambah bahawa pihak penceroboh kini terpaksa meminta bantuan pihak lain bagi menjamin keselamatan Selat Hormuz selepas 15 hari berperang dengan Iran, dan mereka berusaha memastikan laluan strategik itu terus kekal terbuka.

Araqchi menjelaskan bahawa Selat Hormuz terbuka dari sudut pandangan Iran, namun ia dianggap tertutup hanya kepada musuh-musuh Iran dan sekutu mereka.

Beliau menegaskan bahawa Iran akan terus meneruskan penentangan yang bermaruah terhadap sebarang pencerobohan dengan penuh keteguhan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img