Isu pemilikan saham: PM minta teliti penjelasan Azam Baki

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua pihak supaya meneliti serta memahami penjelasan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berhubung dakwaan pemilikan saham dalam syarikat.

Beliau menegaskan, orang ramai tidak seharusnya membuat tuduhan atau spekulasi tanpa membaca dan mengambil kira penjelasan yang telah diberikan.

“Baca penjelasan Azam Baki. Dia buat kerja, buat apa maki dia. Dengar penjelasan masing-masing,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) di Petaling Jaya malam ini, lapor Buletin TV3.

Azam sebelum ini memaklumkan beliau tidak lagi memiliki sebarang saham dalam mana-mana syarikat sejak Julai tahun lalu.

Beliau juga dilaporkan bakal mengemukakan surat tuntutan kepada sebuah media susulan laporan berita berhubung pemilikan saham membabitkannya.

Azam dilaporkan berkata, semua pegangan telah dilupus serta diisytihar mengikut peraturan ditetapkan dan turut dibuat di kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img