Jabatan Peguam Negara buat rayuan pembebasan Chegu Bard

JABATAN  Peguam Negara (AGC) memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang membebaskan Ketua Bersatu Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin daripada pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah yang boleh menjejaskan nama baik Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

AGC dalam kenyataan pada Selasa, memaklumkan notis rayuan terhadap keputusan di akhir kes pendakwaan itu difailkan setelah mempertimbangkan keputusan Mahkamah Sesyen hari ini.

“AGC merujuk kepada keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari ini yang telah melepaskan dan membebaskan tertuduh Badrul Hisham Shahrin atau dikenali sebagai Chegu Bard tanpa dipanggil membela diri di akhir kes pendakwaan bagi pertuduhan di bawah Seksyen 499 Kanun Keseksaan [Akta 574] dan dibaca bersama Seksyen 500 Akta 574.

“AGC telah memfailkan Notis Rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini bagi merayu terhadap keputusan pelepasan dan pembebasan itu,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, Hakim Mahkamah Sesyen Norma Ismail membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Badrul Hisham, 46.

Pada 29 April 2024, Badrul Hisham didakwa telah mengeluarkan kenyataan fitnah, dengan ada sebab untuk mempercayai bahawa kenyataan fitnah itu akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara di sini pada jam 6 petang, 22 Januari 2024, mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img