JAINJ ambil tindakan turunkan kain rentang promosi ajaran Ahmadi Religion

JABATAN Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) menurunkan bahan promosi ajaran Ahmadi Religion di negeri ini berikutan fahaman itu disahkan sebagai ajaran sesat.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, tindakan segera diambil berhubung pemasangan kain rentang yang mempromosikan ajaran berkenaan di kawasan tumpuan orang ramai baru-baru ini.

Beliau berkata, ajaran Ahmadi Religion difatwakan sebagai sesat dan penyebarannya adalah bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan rasmi di Johor.

“JAINJ sentiasa menjalankan pemantauan berterusan terhadap sebarang aktiviti, penerbitan atau bahan promosi yang berkaitan dengan ajaran sesat bagi memastikan ia tidak disebarkan kepada masyarakat,” katanya dalam kenyataan media hari ini, lapor Harian Metro.

Mohd Fared menyeru orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat dan membuat laporan kepada Pejabat Kadi Daerah yang berhampiran atau melalui saluran rasmi pihak berkuasa agama sekiranya mengesan sebarang aktiviti, pengajaran atau bahan berkaitan ajaran sesat.

Sebelum ini, tular gambar kain rentang mempromosikan ajaran sesat itu yang dikesan dipasang di lokasi tumpuan ramai di Muar pada Jumaat lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img