JAKIM arah MFW tarik segala promosi ‘Muslim Choice’ – Mohd Na’im

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengarahkan Muslim Friendly Watch (MFW) menarik segala bentuk promosi dan pengiktirafan ‘Muslim Choice’ yang boleh mengelirukan pengguna Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk segera mengeluarkan kenyataan amaran rasmi kepada pihak MFW berhubung arahan tersebut.

“Sekiranya pihak MFW gagal mematuhi amaran yang diberikan oleh JAKIM, setelah berbincang dengan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Perihal Dagangan atas kesalahan penyalahgunaan logo halal atau sebarang bentuk pengiktirafan yang mengelirukan,” kata beliau dalam satu hantaran dalam Facebook.

Ahad lalu  JAKIM menegaskan bahawa penggunaan istilah ‘Muslim Choice’ yang diperkenalkan oleh MFW bukanlah satu bentuk perakuan atau penandaan halal yang diiktiraf oleh pihak berkuasa agama.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata, penggunaan istilah tersebut boleh mengelirukan masyarakat berhubung status halal sesuatu produk atau premis.

Susulan itu, MFW memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya umat Islam, berhubung kekeliruan yang timbul melibatkan sistem dalaman organisasi dikenali sebagai Muslim Choice.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img