Jangan terpedaya iklan palsu lesen memandu tanpa perlu ujian – JPJ

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan tawaran iklan palsu dalam media sosial yang menawarkan lesen memandu percuma tanpa ujian menggunakan nama serta lambang rasmi jabatan itu.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun media sosial rasmi JPJ hari ini, jabatan itu telah menerima aduan berhubung iklan palsu berkenaan yang dimuat naik menerusi satu akaun TikTok, baru-baru ini.

“JPJ Malaysia menerima aduan berhubung iklan palsu lesen memandu percuma dan tanpa ujian menerusi laman sosial TikTok https://vt.tiktok.com/ZSyBpLGob

“Iklan itu mempromosikan pemilikan lesen memandu tanpa ujian dengan menggunakan nama dan gambar rasmi jabatan, tindakan tersebut bertujuan memancing keyakinan orang ramai,” katanya memetik laporan Berita Harian.

JPJ berkata, iklan dan akaun itu disahkan palsu serta menasihati orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penyebaran promosi menerusi akaun yang tidak sah.

“Orang ramai dinasihatkan tidak mudah terpedaya dengan penyebaran promosi menerusi iklan atau akaun yang tidak sah seperti ini bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kerugian,” katanya.

Menurut JPJ, orang ramai juga digalakkan merujuk atau menghubungi jabatan itu terlebih dahulu untuk mendapatkan pengesahan maklumat.

“Sebarang aduan rasmi boleh disalurkan kepada pihak JPJ menerusi Portal Aduan Rasmi JPJ https://jpj.spab.gov.my,” katanya.

Iklan palsu itu menggunakan gambar individu berpakaian seragam JPJ serta kapsyen ‘Tak payah ke kelas memandu atau ujian JPJ’, selain memaparkan pakej lesen motosikal dan kereta bagi tujuan mengelirukan pengguna.

 


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img