KIRA-kira 500 orang menghadiri majlis pengebumian jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat Raub awal pagi semalam
Jenazah Mohd Alawi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak perempuan mereka Ruby Adira Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azyan Barizah, 10, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad , selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Gelugor pada 11.45 malam tadi.
Lima van yang membawa kesemua jenazah tiba di tanah perkuburan pada 10.48 malam selepas selesai proses bedah siasat dan dimandikan di Unit Forensik Hospital Raub serta disolatkan di Masjid Tengku Abdullah Kampung Pamah Kulat.
Suasana penuh hiba ketika pengebumian dijalankan dengan kehadiran ahli keluarga, saudara-mara serta penduduk kampung untuk memberikan penghormatan terakhir.
Tragedi yang berlaku di bulan Ramadan itu amat menyedihkan apabila dua lagi anak mangsa, Ruby Adalia Balqis, 19, yang juga pelajar matrikulasi di Gambang, Kuantan manakala Ahmad Balia Murqam, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dong menjadi yatim piatu.
Kedua-dua mereka berada di kolej dan asrama ketika kejadian pada pukul 3 pagi itu berlaku.


