‘’Jernihkan melalui dialog terbuka bukan persepsi tak lengkap’’, kata Ahmad Fadhli kepada Ka Siong

SEMALAM dalam kenyataannya Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, parti itu tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) selagi Pas tidak bersikap lebih sederhana.

Hari ini,  Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fahdli Shaari menegaskan bahawa parti itu sentiasa bersedia berdialog dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan dasar serta mengatasi sebarang kekeliruan.

Kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu, MCA sendiri pernah bekerjasama dengan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional dan mengetahui secara dekat pendekatan Pas ketika mentadbir.

 Sepanjang tempoh itu, tidak pernah timbul sebarang konflik besar antara Pas dan MCA yang membawa perbalahan terbuka.

‘’ Situasi ini berbeza dengan apa yang kita lihat dalam kalangan parti-parti kerajaan hari ini, yang sering berdebat di khalayak secara tidak produktif.

‘’Pengalaman pentadbiran bersama ini sepatutnya menjadi asas kefahaman bahawa Pas bukan parti yang memusuhi mana-mana kaum atau agama, malah sentiasa memilih jalan rundingan dan harmoni dalam menyelesaikan perbezaan. Jika masih wujud salah faham atau keraguan, pintu Pas sentiasa terbuka untuk dialog,’’ katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img