Jojo buka musim dengan kemenangan bergaya di Bangkok

PETARUNG muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, melakar kemenangan kelapan selepas menewaskan lawan dari Myanmar, Ye Yint Naung dalam pentas ONE Friday Fights 141 di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand, petang ini.

Dalam pertembungan kategori flyweight itu, Johan yang lebih dikenali sebagai Jojo dinobatkan pemenang menerusi keputusan majoriti juri selepas mempamerkan aksi agresif sepanjang perlawanan.

Petarung berusia 19 tahun tersebut jelas menguasai tempo pertarungan, khususnya pada pusingan ketiga apabila tekanan berterusan menyebabkan lawannya berada dalam keadaan terdesak.

Yint Naung, 21, dilihat semakin keletihan dan banyak bertahan, malah beberapa kali cuba mengelak serta menjauhkan diri bagi menahan asakan tanpa henti yang dilancarkan Jojo.

Kemenangan berkenaan memberi suntikan semangat buat Johan selepas melalui musim 2025 yang agak mencabar dengan rekod dua kekalahan dan satu kemenangan.

Pada awal tahun lalu, Jojo bermula perlahan apabila tewas kepada Johan Estupinan pada Januari sebelum sekali lagi kecundang lima bulan kemudian kepada Diego Paez menerusi keputusan juri pada ONE Fight Night 32 pada Jun lalu.

Namun, usaha dan latihan berterusan membuahkan hasil apabila Johan kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Zakaria El Jamari pada ONE Fight Night 35, September lalu.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img