JPJ tahan lelaki Rohingya pandu lori sampah

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menahan seorang lelaki etnik Rohingya yang memandu lori sampah walaupun tidak memiliki lesen di Plaza Tol Sungai Balak, Kajang semalam.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, pemandu berusia 40 tahun itu ditahan pada jam 10.05 pagi semasa penugasan pihaknya dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.

“Kesalahan yang dikesan ialah tiada Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) selain kesalahan teknikal pada kenderaan.

“Lori sampah itu telah disita di Stesen Penguat kuasa Semenyih untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, semasa ditahan, pemegang kad Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHCR) terbabit sedang bekerja dan dalam perjalanan dari Sungai Chua ke Ampang.

Tambahnya, JPJ Selangor sentiasa memberi perhatian dan menjalankan pemantauan secara berterusan ke atas semua aduan serta memastikan kenderaan sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

“Sebarang aduan kesalahan lalu lintas, orang awam boleh menyalurkan kepada aduantrafik@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan beserta butiran pengadu dan butiran aduan,” ujarnya.

Jumaat lalu, Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan dalam sidang akhbar dilaporkan berkata, pihaknya telah menyita 25 lori sampah sebuah syarikat dalam tempoh dua minggu menerusi operasi penguatkuasaan terhadap lori yang dipandu warga asing di Selangor.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img