Jurujual kad sim didenda simbah cat dua kenderaan, rumah

SEORANG jurujual kad sim didenda keseluruhan RM5,500 oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru selepas mengaku bersalah menyimbah cat ke atas dua kenderaan dan sebuah rumah, bulan lalu.

Tertuduh, Chan Zhi Guang, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Mahkamah menjatuhkan denda RM3,500 bagi pertuduhan pertama dan RM2,000 bagi pertuduhan kedua, dengan tertuduh turut berdepan hukuman penjara masing-masing 12 bulan dan empat bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan khianat dengan menyimbah cat merah pada cermin serta bonet hadapan dua kenderaan jenis Honda HR-V milik seorang lelaki berusia 35 tahun sehingga menyebabkan kerugian RM2,200 di sebuah rumah di Eco Garden, Gelang Patah, kira-kira jam 4.15 pagi, 26 Mac lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyimbah cat merah di hadapan rumah seorang wanita berusia 36 tahun di sebuah kondominium di Jalan Cenderasari 2 pada jam 3 pagi, 22 Mac lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan yang turut membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Azman yang memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img