Juruteknik mengaku tidak bersalah pecah amanah wang universiti lebih RM165,000

SEORANG juruteknik sebuah universiti mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas dua pertuduhan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM165,094.50, lima tahun lepas.

Mohd Rizal Sangaiman, 45, didakwa menyalahgunakan wang milik universiti itu untuk kegunaan sendiri sebanyak RM67,429 antara  28 Jan hingga 27 Nov 2021, dan RM97,665.50 antara 1 Jan hingga 11 Jun 2022.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Batu Pahat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, sebatan dan denda, jika sabit kesalahan, lapor Bernama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ameera D’Aneez Mohd Shukari, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Fazaly Ali Mohd Ghazaly.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin warga Malaysia dan menetapkan 31 Mac ini untuk sebutan semula kes.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img