‘’Kalau Tun Mahathir sambut, beliau tak akan berjoget dengan Trump’’

BEKAS Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata beliau  percaya sekiranya  Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyambut Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini, bekas Perdana Menteri itu kemungkinan tidak akan meraikannya dengan berjoget.

Memetik Malaysiakini, dalam episod terbaru podcast ‘Yang Berhenti Menteri’, Rafizi berkata kearaban yang ditunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Trump menimbulkan pelbagai telahan, ketika seluruh dunia mengkritik sikap Amerika terhadap serangan Israel ke atas Gaza.

“Kalau kita tengok pimpinan Eropah yang semakin banyak tidak bersetuju dengan sokongan ‘blank cheque’  Amerika Syarikat kepada Israel dan Netanyahu, mereka pun berjumpa Trump.

“Tapi kita boleh tengok bahawa body language, dari segi percakapan itu, semuanya dibuat dalam suasana yang rasmi dan tidak menunjukkan hubungan peribadi yang akrab. They actually keep a distance.

“Bila timbul soal berjoget semua ni, saya fahamlah, mungkin Datuk Seri Anwar was caught at the moment. Saya rasa kalau Tun Mahathir yang berada di tepi, dia takkan berjoget. Mungkin Najib (Razak) dan Datuk Seri Anwar berjoget, kerana rasa perlu menunjukkan keakraban dan penerimaan orang lain di peringkat antarabangsa terhadap mereka,’’ katanya.

Aksi Anwar menari mengikut tarian Trump ketika ketibaannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 26 Okt lalu mencuri tumpuan apabila video mengenainya meraih puluhan juta tontonan.

Ia merupakan kali pertama Trump tiba ke Malaysia selepas dijemput sebagai tetamu pada Sidang Kemuncak Asean ke-47.

Ketika tiba di Kompleks Bunga Raya KLIA, Trump disambut sekumpulan penari kebudayaan sebelum dia dilihat turut menari mengikut irama bersama penari berkenaan.

Anwar yang ada bersama juga kelihatan terhibur dengan gelagat Presiden AS itu, sambil turut menggerak-gerakkan badannya. Aksi itu kemudian menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Dalam pada itu, Rafizi berkata dunia tahu pandangan Trump dan pendirian parti Republikan yang tidak menyebelahi Palestin.

“Bila beliau (Anwar) menunjukkan keakraban yang melebihi daripada garis rasmi di antara dua orang yang mewakili negara masing-masing, ia akan jadi bahan telahan ramai orang,” katanya.

Rafizi turut merujuk kepada satu ciapan di X oleh seorang rakyat Palestin yang melahirkan rasa kecewa terhadap sambutan yang diberikan kepada Trump.

Namun katanya, rakyat Palestin itu menerima kecaman daripada segelintir netizen Malaysia yang mengatakan mereka tidak berterima kasih terhadap bantuan yang diberikan negara ini.

“Bila saya baca dua tiga komen daripada rakyat Malaysia… saya malu sebenarnya, sebab kalau kita berada di tempat orang Palestin, what do you expect..

“Memanglah dia rasa (kecewa).. dia (rakyat Palestin) tiap-tiap hari bertempur dan terpaksa melalui penderitaan itu.

“Dan dua tokoh utama yang menyebabkan perkara itu, Netanyahu dan Presiden US yang memberi backing, sudah tentu mereka akan kata ‘what are you doing’..” kata Rafizi.


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img