Kanak-kanak maut diberi minum methadone, ibu ditahan

POLIS  menahan ibu kepada tiga kanak-kanak yang dipercayai diberi minum cecair berbahaya methadone, menyebabkan seorang daripada mereka maut.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar mengesahkan kes dan penahanan wanita berusia 35 tahun itu.

“Ya saya sahkan kejadian seorang kanak-kanak maut dan dua lagi sedang dirawat di hospital. Ibu mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya, lapor Berita Harian.

Terdahulu dilaporkan seorang budak lelaki berusia 11 tahun maut, manakala dua adiknya masing-masing berusia sembilan dan lima tahun dilaporkan dalam keadaan kritikal setelah dipercayai diberikan methadone oleh ibu kandung mereka pagi tadi.

Kejadian didakwa berlaku di sebuah kediaman di Sungai Ramal Baru, dengan tiga beradik itu dikejarkan ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Media sebelum ini memetik sumber berkata, polis dimaklumkan mengenai kejadian pada kira-kira 9 pagi oleh pegawai perubatan Hospital Tengku Permaisuri Norashikin (HTPN).

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img