Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung dalam kebakaran di Keningau

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia enam tahun ditemukan rentung dalam kebakaran dua rumah di Keningau, awal pagi tadi.

Mayat mangsa ditemukan di bahagian bilik, manakala seorang lagi mangsa dilaporkan cedera ketika cuba menyelamatkan diri, dalam kejadian di Kampung Patau, Tambunan kira-kira 4 pagi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan, Mitchell Francis George, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.08 pagi.

Katanya, seramai lapan anggota dikejarkan ke lokasi yang terletak sejauh 16 kilometer dari BBP Tambunan.

“Kebakaran ini melibatkan dua buah rumah dan tiga kenderaan. Kita juga menemukan mangsa, salah seorangnya kanak-kanak perempuan yang rentung dalam bilik manakala seorang lagi cedera ketika menyelamatkan diri,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img