Karnival HPPK 2025 usaha berterusan KUSKOP kukuhkan ekosistem keusahawanan mikro

KARNIVAL Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) 2025 Peringkat Kebangsaan di Lurah Semantan, Temerloh, pada Jumaat lalu hingga hari ini merupakan usaha berterusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memperkukuhkan ekosistem keusahawanan mikro.

Dalam satu kenyataan,  KUSKOP memaklumkan seramai lebih 800 usahawan mikro merangkumi usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI), penjaja dan peniaga kecil daripada pelbagai negeri serta peniaga kecil Pekan Sehari Temerloh.

 

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersama Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick (tiga dari kiri), Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar (tiga dari kanan), Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri R.Ramanan (dua dari kanan) dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud (kiri) ketika penyampaian Anugerah Kecemerlangan Penjaja dan Peniaga Kecil 2025.

‘’Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata,  nilai jualan melepasi sasaran RM1 juta dan potensi pembiayaan mencecah RM4 juta menjadikan jumlah keseluruhan impak ekonomi RM5 juta sepanjang karnival tersebut.

‘’Lebih 45,000 pengunjung memeriahkan karnival tiga hari berkenaan, sekali gus membuktikan sokongan padu rakyat terhadap sektor penjaja dan peniaga kecil sebagai pemacu ekonomi rakyat,’’ kata kenyataan itu.

Majlis perasmian penutup karnival itu disempurnakan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mewakili  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menurut kenyataan berkenanaan, nertemakan “Memacu Ekonomi MADANI, Memperkasa Usahawan Mikro”, HPPK2025 menjadi komitmen berterusan KUSKOP untuk memperkukuh daya tahan dan kemampanan ekonomi rakyat, khususnya melalui pemerkasaan digital, pembiayaan inklusif dan latihan keusahawanan secara berterusan.

‘’KUSKOP bukan sahaja meraikan sumbangan para penjaja dan peniaga kecil, tetapi turut membantu memperkukuh daya saing mereka melalui program latihan, bimbingan dan inisiatif pendigitalan keusahawanan.

‘’Fokus  KUSKOP ialah bagi memastikan lebih ramai peniaga mikro beralih kepada penggunaan sistem pembayaran tanpa tunai, platform e-dagang dan strategi pemasaran digital,’’ kata kenyataan tersebut.

Kenyataan itu menjelaskan, pendigitalan berkenaan dilaksanakan secara bersepadu melalui inisiatif dan program di bawah agensi-agensi di bawah KUSKOP seperti Bank Rakyat, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), SME Corp. Malaysia, TEKUN Nasional dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

‘’Contohnya inisiatif khas ‘Khemah Jajahan Rakyat’ oleh Bank Rakyat melalui penyediaan pembiayaan mikro, khidmat nasihat kewangan serta bimbingan digital, sejajar dengan komitmen memperluas peluang ekonomi rakyat di peringkat akar umbi,’’ kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu juga memaklumkan, menerusi penganjuran HPPK2025, ia turut membawa kepada limpahan ekonomi kepada komuniti setempat apabila hampir 800 bilik hotel dan inap desa telah ditempah sepenuhnya serta peningkatan nilai jualan yang berkali ganda kepada peniaga tempatan.


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img