Kastam Melaka rampas rokok seludup bernilai RM7.3 juta

ISYTIHAR kontena sebagai peralatan perabot, sebaliknya barangan yang dibawa adalah rokok seludup.

Itulah taktik yang berjaya dibongkar Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka selepas merampas 850 kotak rokok bernilai RM7.3 juta termasuk duti dan cukai yang ditemukan dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat Klang, Selangor pada 31 Oktober lalu.

Timbalan Pengarah JKDM Melaka, Bakri Abd Rahman berkata, dalam pemeriksaan pada jam 12.05 tengah hari itu, dokumen pengikraran kontena berkenaan diisytihar membawa 850 Cartons Furniture Parts, namun pemeriksaan fizikal ke atas kontena itu mendapati kotak berkenaan berisi rokok seludup.

“Lebih 9.7 juta batang rokok seludup ditemukan dalam 850 kotak yang diisytihar sebagai peralatan perabot yang dianggarkan bernilai RM783,520 tidak termasuk duti dan cukai.

“Penyeludupan rokok berkenaan cuba dilakukan dengan membuat pengisytiharan yang tidak betul ke atas kontena berkenaan, namun sindiket terlibat berjaya ditumpaskan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut meminta orang ramai untuk terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi talian bebas tol Kastam (1-800-88-8855) atau mana-mana pejabat JKDM terdekat di semua negeri.

Pihaknya juga memberikan jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat dirahsiakan.

 

 

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img