Kastam Perlis rampas 32,000 unit vape bernilai RM1.062 juta

JABATAN Kastam Perlis merampas 32,000 unit peranti rokok elektronik (vape) dianggarkan bernilai RM1.062 juta di kawasan semak Kampung Pulau Ketam, Kuala Perlis, dekat Kangar, baru-baru ini.

Pengarah Kastam Perlis, Ismail Hashim, berkata rampasan peranti vape dipercayai tidak berkastam itu dibuat menerusi serbuan pasukan operasi Cawangan Penguatkuasaan Marin Kuala Perlis pada 22 Sept lalu.

Beliau berkata, peranti itu dipercayai untuk diseludup ke Thailand melalui jalan laut.

“Hasil pemeriksaan menjumpai peranti vape ini dan melibatkan nilai cukai RM223,020. Modus operandi dipercayai dengan meninggalkan kotak berisi peranti vape di kawasan semak dan dipercayai akan diambil individu lain,” katanya dalam kenyataan malam tadi, lapor Bernama.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dalam perkembangan beransingan, beliau berkata, pihaknya turut merampas 11kg kanabis dianggarkan bernilai RM46,200 di kawasan tambak pesisiran Pantai Bukit Putih, Kuala Perlis, pada 6 Okt lalu.


 

UNDILAH

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img