Keamanan negara perlu dipelihara, kalau gaduh…negara kaya pun hancur – PM

KEAMANAN dinikmati penduduk pelbagai kaum di Malaysia perlu dipelihara sebaiknya kerana ia elemen asas pada kemajuan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata Malaysia adalah sebuah negara unik kerana mampu kekal aman dengan populasi lebih 34 juta penduduk yang merangkumi pelbagai kaum antaranya Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan.

Beliau berkata keunikan itu dapat dilihat menerusi persembahan tarian dalam program sambutan perayaan yang dianjurkan apabila kepelbagaian budaya ditonjolkan sebagai simbol perpaduan.

“Kita mahu tunjuk kepada masyarakat kita, anak-anak kita bahawa masa depan kalau Malaysia mahu maju, senang cari makan, ekonomi naik, pendidikan tingkat lagi tinggi, hospital lebih baik, kita mesti jaga negara ini dengan aman.

“Nombor satu apa pun mesti aman, kalau kita gaduh, kita negeri kaya pun hancur. Jadi semangat Gong Xi Fa Cai, ini Tahun Kuda, maknanya tahun ini ‘ong’ (bertuah),” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan Tahun Baharu Cina bersama Perdana Menteri di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chong Hwa Kanthan Baru di Ipoh hari ini, lapor Bernama.

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek serta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Dalam majlis sama, Anwar turut menyampaikan cek cura bernilai RM500,000 daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bertujuan melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan, naik taraf serta baik pulih kemudahan awam dan rumah di Kampung Baru Kanthan Ipoh.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img