Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan masih aktif, 37 ekar berjaya dipadam

KEBAKARAN Hutan Simpan Kuala Langat Selatan (HSKLS) di kawasan Sungai Kelambu, Banting yang bermula semalam masih aktif namun berada dalam keadaan terkawal setakat pukul 10 pagi ini.

Ketua Zon 5 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, PgKB II Mohamad Issmanto Md Pono berkata, operasi diteruskan bagi hari kedua bermula pukul 8 pagi tadi.

“Keluasan keseluruhan kebakaran dianggarkan melibatkan 56 ekar dengan 37 ekar berjaya dipadamkan manakala baki 19 ekar masih terbakar.

“Kebakaran masih aktif namun tidak menjejaskan penempatan berhampiran dan Loji Rawatan Air (LRA) yang terletak berdekatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, operasi pemadaman melibatkan tiga pegawai dan tujuh anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat Banting dengan bantuan 31 anggota daripada beberapa agensi termasuk Pasukan Tindakan Pantas (PANTAS), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perhutanan, Pejabat Tanah Daerah (PTD) dan Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN).

Katanya, pemadaman dilakukan secara berperingkat dengan pasukan bomba bersama APM memberi tumpuan di sekitar jalan utama manakala Jabatan Perhutanan menjalankan operasi di bahagian dalam hutan menggunakan sumber air dari tubewell.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img