Kebiadaban Israel ke atas Global Sumud Flotilla bermula, bukti Israel ‘negara pariah’!

REJIM Zionis yang dipimpin penjenayah antarabangsa, Benjamin Nentayahu ternyata tidak mempedulikan apa juga kata negara lain terhadap kekejaman mereka ke atas rakyat Palestin.

Hari ini seperti diduga, kapal perang tentera Zionis mula mengganggu pelayaran Global Sumud Flotilla yang sedang berlayar ke Gaza.

Media asing melaporkan hubungan komunikasi dengan kapal Alma, iaitu kapal utama dalam misi flotila berjaya dipulihkan selepas terputus seketika. Menurutnya, sebuah kapal Israel menghampiri Alma sehingga kira-kira lima kaki dan menyekat semua sistem komunikasi serta enjinnya, menyebabkan ia tidak berfungsi.

Peserta di atas Alma bertindak membuang telefon bimbit mereka ke laut mengikut protokol keselamatan yang ditetapkan. Kapal Israel berkenaan telah meninggalkan kawasan berkenaan, membolehkan flotilla meneruskan pelayaran.

Flotilla yang belayar bagi mencabar sekatan Israel ke atas Gaza itu memaklumkan kapal-kapal mereka kini berada kira-kira 121 batu nautika (225 kilometer) dari wilayah yang dikepung itu.

‘’ Berlayar semakin hampir ke Gaza, kami tetap berwaspada ketika memasuki kawasan di mana Flotilla-Flotilla terdahulu telah dipintas atau diserang. Tetapkan pandangan anda pada misi. Tetapkan pandangan anda pada Gaza. Kami terus berlayar tanpa gentar dengan ancaman Israel dan taktik intimidasi mereka,’’ kata penganjur dalam akaun X.

Gangguan atau ancaman oleh rejim Zionis dijangka terus meningkat dalam masa jam lagi apabila flotilla terlibat memasuki zon merah.  Jika gangguan atau serbuan dilakukan oleh tentera Israel ke atas flotilla berulang terbuktilah Netanyahu sebagai Perdana Menteri Israel mengotakan janjinya untuk memastikan tidak ada sebuah flotilla sampai ke Gaza.

Kalau benarlah itu terjadi bekas Duta Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Putera Turki Al-Faisal bahawa sebuah negara pariah yang tidak menghormati sebarang undang-undang atau peraturan hubungan antarabangsa.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img