”Kegiatan dakwah ,bina rumah ibadah perlu ikut peraturan…itu saja kita minta’’ – PM

SEMUA  kegiatan agama dan pembinaan rumah ibadat perlu mengikut peraturan yang sudah ditetapkan piha`k berkuasa, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah menghalang atau menyekat sebarang kegiatan keagamaan, namun ia perlu berpandukan Perlembagaan negara.

“Buatlah dakwah, tiada sekatan sama sekali. Tapi ikutlah peraturan. Itu sahaja yang kita minta. Saya harap perkara ini sepatutnya kita selesaikan dengan baik,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap pada majlis perhimpunan bersama warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ihya’ Ramadan, di Putrajaya hari ini.

Hadir sama Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan timbalannya Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Pada 12 Feb, Perdana Menteri menegaskan bahawa tiada mana-mana pihak berhak mengambil tindakan sendiri di luar kerangka undang-undang dalam isu berkaitan rumah ibadat.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img