45 minit kejar-mengejar, pasangan kekasih dalam Bezza terbabas dekat Lekas

PASANGAN kekasih ditahan polis selepas terlibat dalam satu aksi kejar-mengejar dengan polis selama 45 minit, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.10 pagi itu, suspek yang menaiki kereta jenis Perodua Bezza dikatakan melarikan diri sebelum terbabas dan melanggar tembok dekat susur keluar ke Seremban Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Seremban.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, ketika kejadian, anggotanya sedang menjalankan tugas rondaan sebelum terserempak dengan kereta mencurigakan.

Anggota kami mendekati kereta dan cuba melakukan pemeriksaan, bagaimanapun suspek tidak memberikan kerjasama dengan mengundur kereta.

Suspek dikatakan melanggar kereta peronda polis (MPV) serta memecut kereta untuk melarikan diri daripada pemeriksaan,” katanya, lapor Harian Metro.

Beliau berkata, polis mengejar pasangan berkenaan dari Jalan Senawang ke susur keluar ke Seremban berhampiran jejambat Lekas.

“Difahamkan, kereta suspek terbabas dan melanggar tembok,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas kereta itu mendapati pemandu seorang lelaki berumur 23 tahun bersama seorang penumpang wanita berumur 22 tahun berada bersama-sama dalam kenderaan itu.

Hasil semakan, suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan air kencing mendapati kedua-dua negatif dadah.

“Kedua-dua suspek ditangkap mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan siasatan lanjut masih diteruskan.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img