Kekangan kewangan punca 50 peratus penyimpan TH tolak tawaran haji tahun ini

KEKANGAN kewangan menjadi salah satu punca sebanyak 50 peratus jemaah haji menolak tawaran menunaikan ibadah itu pada tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, selain itu 53 peratus daripada 9.7 juta pendeposit Tabung Haji (TH) memiliki simpanan kurang daripada RM1,300.

‘’Pendeposit yang mempunyai baki simpanan di bawah jumlah tersebut belum layak untuk menunaikan haji kerana ia tidak mencukupi bagi menampung keperluan ibadah berkenaan.

“Peranan TH sebagai institusi penabungan telah mula terkesan. Kini, TH kurang dilihat sebagai institusi penabungan yang mampu menarik simpanan konsisten apabila perlu bersaing dengan produk simpanan atau pelaburan lain yang lebih menarik seperti unit amanah, emas, simpanan pendidikan dan skim persaraan swasta,” katanya.

 Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Dr Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berhubung kos keseluruhan projek penjenamaan semula TH dan jumlah akhir peruntukan kewangan bagi inisiatif tersebut.

Mohd Naim berkata, mengambil kira kesemua faktor dan berdasarkan data kajian yang telah dilaksanakan, TH perlu mengambil langkah strategik dengan melaksanakan projek penjenamaan semula.

“Ia bagi memastikan TH kekal relevan khususnya dalam usaha untuk menarik lebih ramai umat Islam menabung secara konsisten bagi menunaikan haji.

“Seperti yang telah dimaklum dan diperjelaskan oleh TH melalui kenyataan media bertarikh 16 Ogos lalu, TH telah mengesahkan peruntukan bagi perkhidmatan syarikat konsortium perunding bagi inisiatif peremajaan jenama ini adalah berjumlah RM5.9 juta atau kira-kira RM2 juta setahun bagi tempoh tiga tahun,”

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img