Dua maut, Vios bertembung Bezza di Kota Tinggi

DUA disahkan maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di persimpangan Rawatan Air SAJ Semangar, Kota Tinggi, awal pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 7.09 pagi itu melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dipandu seorang wanita dengan sebuah Perodua Bezza yang dipandu seorang lelaki.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Fakhrurazi Muda, 37, merupakan pengurus kawasan sebuah pasar raya manakala seorang lagi mangsa dikenali sebagai Intan Yuliana Sahir, 47.

Kedua-dua mangsa tersepit dalam kenderaan masing-masing dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh kakitangan Kementerian Kesihatan.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Shahrulnizam Johari berkata, sebuah jentera bersama enam anggota dihantar ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan itu.

“Anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.

“Kedua-dua mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img