Kerajaan akan pastikan bidang pendidikan tidak terjejas akibat krisis tenaga global – PM

PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antara perkara yang akan terus diberikan keutamaan walaupun dunia sedang menghadapi ketidaktentuan akibat krisis tenaga ialah Isu pendidikan.

Katanya, langkah itu bertujuan bagi memastikan mutu pendidikan untuk generasi masa depan tidak terjejas.

‘’Pendirian kerajaan adalah untuk memastikan projek kemudahan pendidikan diluluskan dan dilaksanakan segera tanpa menangguhkannya melainkan projek besar yang memerlukan masa yang panjang namun projek kecil, terutama dalam bidang pendidikan, kesihatan akan terus diberikan keutamaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlisi sesi ramah mesra bersama warga dan bekas pelajar SMK Clifford Kuala Kangsar.

Perdana Menteri berkata, ketika ini banyak negara kerana kebetulan sengketa dan perseteruan dengan negara-negara jiran dan rantau, terpaksa membelanjakan peruntukan yang tinggi untuk keselamatan.

Berikutan keadaan itu kata beliau, peruntukan untuk pendidikan itu agak terbelakang dan ia akan mengakibatkan generasi berikutnya tentu akan terkesan.

Anwar berkata,  dalam sistem pendidikan, penerapan nilai adab adalah suatu perkara yang tidak boleh dipinggirkan dan perlu terus menjadi keutamaan warga pendidik bagi melahirkan generasi yang tinggi moral dan akhlaknya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img