Kerajaan sediakan kemudahan digital AI di institusi perintis

KERAJAAN melalui Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menyediakan kemudahan digital kecerdasan buatan (AI) di beberapa institusi perintis di negara ini bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja celik teknologi malah mampu berfikir secara kritis dan inovatif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program itu akan dilaksanakan di enam negeri iaitu Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak dan Pulau Pinang.

Beliau berkata, sebagai permulaan inisiatif itu menyasarkan 3,000 pelajar termasuk dari institut pengajian Islam di negara ini akan didedahkan dengan penggunaan teknologi AI serta kemahiran pemikiran kritis dan inovasi digital.

“Semua pelajar perlu lebih terdedah dengan kemudahan AI termasuk di institusi pengajian Islam di negara ini,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Program Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di perkarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan hari ini.

Lebih 7,000 belia hadir bagi memeriahkan himpunan yang berlangsung selama tiga hari itu.

Anwar mengingatkan bahawa teknologi baharu termasuk AI tidak bererti sekiranya ia menghakis nilai-nilain kemanusiaan.

“Sebab itu saya kata, akhlak itu penting, budaya itu penting. Hubungan yang baik antara saudara-saudara, anak-anak itu penting. Hilangkan rasa benci dan cemuh, memperbodohkan sesama sendiri. Ini semua yang perlu ditunjukkan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, setiap tahun kerajaan menyediakan peruntukan terbesar untuk pendidikan supaya generasi muda mempunyai kekuatan dan kefahaman tinggi sebagai benteng negara pada masa depan.

“Pendidikan bukan hanya untuk memperoleh sijil atau ijazah tetapi untuk menjadikan manusia yang boleh berfikir secara positif,” ujarnya.

 penyampaian sumbangan kepada pelajar dan sekolah cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Negeri Pahang 2025.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img