Kerajaan teliti pelaksanaan bekerja dari rumah secara berperingkat – Fahmi

KERAJAAN sedang meneliti pelaksanaan dasar bekerja dari rumah (WFH) bagi sektor awam secara berperingkat, dengan fasa awal dijangka melibatkan beberapa kawasan terpilih.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Jemaah Menteri telah menerima taklimat terkini daripada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berhubung cadangan pelaksanaan dasar tersebut.

Menurut beliau, beberapa perkara akhir masih diperhalusi sebelum sebarang pengumuman rasmi dibuat, termasuk pelaksanaan dalam sektor awam.

“Pelaksanaan ini bukan hanya tertumpu di Putrajaya, tetapi dalam fasa pertama melibatkan sejumlah kawasan m,” katanya dalam sidang media mingguan di Auditorium Seri Angkasa Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur, hari ini.

Tambah beliau, perincian lanjut termasuk garis panduan bagi perkhidmatan awam akan diumumkan oleh Shamsul Azri dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, beliau berkata sektor swasta digalakkan untuk mempertimbangkan pelaksanaan WFH mengikut kesesuaian masing-masing.

Jelasnya, pengalaman semasa pandemik sebelum ini menunjukkan terdapat syarikat yang telah berjaya melaksanakan dasar berkenaan dan masih meneruskannya sehingga kini.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img