Kertas siasatan pelakon positif dadah sedang dilengkapkan – Polis

POLIS sedang melengkapkan kertas siasatan berkaitan kes melibatkan seorang pelakon lelaki yang ditahan selepas dipercayai positif dadah baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, pihaknya sedang menunggu beberapa arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Kertas siasatan bagi kes ini telah lengkap dan kita telah diminta untuk melengkapkan lagi siasatan dijalankan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek juga sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Shah Alam hari ini.

Media sebelum ini melaporkan suspek berusia lingkungan 40-an direman tiga hari di Mahkamah Shah Alam selepas ditahan pada 28 Januari lalu.

Suspek direman untuk siasatan mengikut Seksyen Akta 15(1)(a) Dadah Berbahaya 1952 berikutan keputusan ujian saringan air kencing yang didapati positif dadah.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img