Kes bunuh pelajar: Punca kematian akibat tikaman di dada dan leher – polis

“Dunia ini palsu. Saya sudah menang.” Itulah nota dipercayai milik remaja lelaki berusia 14 tahun yang menikam rakan sekolahnya dalam kejadian di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya pada Selasa.

Ketua Polis Selangor, berkata, nota berkenaan ditemui semasa tangkapan dibuat terhadap suspek.

“Ya, saya sahkan pihak polis ada menemui nota ini. Ia dirampas bersama suspek ketika pemeriksaan awal dijalankan dan bukan di dalam tandas tempat kejadian berlaku.

“Berkaitan kandungan dalam nota ini, ia masih dalam siasatan lanjut pihak polis,” katanya padasidang akhbar di Shah Alam.

Beliau berkata berdasarkan laporan awal bedah siasat, punca kematian mangsa disebabkan jumlah tikaman yang berulang kali pada bahagian dada dan leher.

“Punca kematian adalah disebabkan oleh multiple stab pada bahagian dada dan leher, dan berdasarkan siasatan hanya senjata (pisau) digunakan,” katanya.

 Shazeli juga memaklumkan, senjata tajam yang dirampas daripada suspek dibeli secara dalam talian.

Selain itu kata beliau, suspek dikatakan “peminat rahsia” dan memendam perasaan cinta terhadap mangsa walaupun mereka berlainan kelas.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai perasaan kepada mangsa tetapi tidak dikongsikan. Ia lebih kepada memendam perasaan. Mangsa dipercayai tidak mengetahui perasaan suspek,” katanya

 


 

UNDILAH

[forminator_poll id=”4496″]

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img