SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan akaun syarikat dan akaun perbankan milik seorang individu dianggarkan berjumlah RM1 juta susulan siasatan isu pengurusan sisa elektronik (e-waste) yang melibatkan Ketua Pengarah, Timbalan Ketua Pengarah, seorang penolong pegawai Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga seorang orang awam.
Menurut sumber, siasatan yang dijalankan Bahagian Siasatan SPRM bermula sejak 19 Januari lalu turut menyita wang tunai kira-kira RM170,000.
“Setakat ini SPRM telah membekukan satu akaun syarikat bernilai kira-kira RM700,000 dan satu lagi akaun milik individu bernilai kira-kira RM300,000.
“Pada masa yang sama, siasatan SPRM kini menjurus kepada dakwaan salah guna kuasa dan rasuah berkaitan tidak mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas syarikat pengurusan buangan terjadual yang terlibat dengan aktiviti pelupusan bahan buangan secara haram,” kata sumber tersebut.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan berkata, kes disiasat dibawah Sesyen 16 Akta SPRM 2009.


