Kes rasuah libat pegawai tinggi ATM sangat serius, berskala besar – Azam

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi bayangan pendedahan besar berhubung siasatan kes dakwaan rasuah siasatan berkaitan penyalahgunaan dana Kementerian Pertahanan (Mindef).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, perkembangan siasatan itu adalah serius dan melibatkan perkara berskala besar.

“Ia mesti dan pasti besar. Itu saya akan jelaskan nanti. Saya akan beritahu media pada 15 Januari,” katanya   ketika ditemui pemberita selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara SPRM dan Universiti HELP, Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu Azam berkata, beliau masih belum dapat memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM) kerana tempoh reman suspek masih berjalan.

Beliau berkata, pihaknya perlu mendapatkan pengesahan lanjut daripada pegawai penyiasat sebelum sebarang maklumat boleh didedahkan kepada media.

“Saya tidak boleh memberi awak kenyataan tentangnya kerana kita masih ada satu hari dan saya perlu periksa dengan penyiasat saya kerana sebenarnya kita ada 14 hari. Jadi esok akan ada tujuh hari, bergantunglah.

“Jika mereka memerlukan lebih banyak masa, maka kita akan menghantar ke mahkamah untuk mendapatkan lebih banyak reman,” katanya

Sebelum ini, media melaporkan bekas Panglima Tentera Darat (PTD) direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing -masing direman tiga dan enam hari bermula 8 Januari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).

Perintah reman berkenaan dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img