Kes tipu tanah RM1.5 juta : Pelakon wanita, suami direman 3 hari

Seorang pelakon wanita drama terkenal bersama suaminya direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Seremban, hari ini, bagi membantu siasatan kes penipuan urusan penjualan tanah kurnia yang mengakibatkan kerugian RM1.5 juta.

Pasangan suami isteri itu ditahan di tempat persembunyian di sebuah madrasah tahfiz di Jalan Kuari Sungai Long, Batu 11, Kampung Sungai Serai, Hulu Langat, semalam, lapor Buletin TV3.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, pasangan tersebut masing-masing berusia 30-an dan 40-an dibawa ke mahkamah untuk permohonan reman selepas laporan polis diterima berhubung penipuan yang berlaku di daerah itu.

Katanya, mangsa adalah seorang lelaki berumur 56 tahun, pesara ahli perniagaan dalam bidang pembangunan hartanah.

Menurut Azahar, pengadu ditawarkan beberapa lot tanah di bawah mukim Cheras, Selangor, yang dijanjikan sebagai tanah kurniaan kerajaan negeri, dan telah membuat beberapa kali transaksi berjumlah RM1.5 juta melalui akaun bank suami dan ibu pelakon terbabit.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Polis meminta ruang siasatan yang telus dan orang awam dinasihatkan supaya tidak mengganggu siasatan melalui kenyataan di media sosial,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan seorang usahawan produk kecantikan mendakwa menjadi mangsa penipuan pelakon wanita bersama suaminya, kerugian mencecah ratusan ribu ringgit.

Hantaran di aplikasi Threads mendakwa aktres itu sedang ‘bersembunyi’ selepas menipu wang mangsa.

Menurut pengadu menggunakan akaun Threads kakbeyna_official, beliau kerugian RM300,000, manakala mangsa lain dilaporkan mengalami kerugian lebih besar sehingga jutaan ringgit.

Beberapa laporan polis telah dibuat oleh mangsa lain, sementara pelakon wanita itu dilaporkan memuat naik tangkap layar mesej dari mangsa lain yang menunjukkan MyKad pelakon dan suami.

Mahkamah membenarkan reman tiga hari terhadap pasangan itu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img