Kesihatan bermula dari air: Antara sains, holistik dan kesedaran baharu keluarga moden

DALAM tekanan hidup moden dan kepadatan rutin harian, kesihatan sering menjadi perkara kedua dan hanya diberi perhatian apabila tubuh mula menunjukkan tanda amaran. Klinik semakin sesak, suplemen menjadi rutin, dan pelbagai rawatan dicuba.

Namun satu persoalan asas jarang dibahaskan secara mendalam iaitu bagaimana dengan air yang diminum setiap hari?.

Bagi pakar ruqyah dan Perubatan Alternatif Integrasi, Ustaz Nik Azmi, asas kesihatan sebenar tidak bermula di hospital, sebaliknya di rumah, daripada elemen paling asas dalam kehidupan manusia iaitu air.

“Tubuh manusia terdiri lebih 60 peratus air. Setiap fungsi utama seperti peredaran darah, sistem saraf, fungsi sel dan proses penyingkiran toksin bergantung kepada kualiti air yang diambil setiap hari,” jelas beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Keletihan Tanpa Penyakit: Fenomena Baharu?

Menurut beliau, semakin ramai individu mendapatkan rawatan bukan kerana penyakit spesifik, tetapi simptom berpanjangan seperti:

  • Keletihan kronik
  • Emosi tidak stabil
  • Gangguan tidur
  • Kurang fokus dan tenaga

Dalam pendekatan holistik, keadaan ini sering dikaitkan dengan ketidakseimbangan dalaman termasuk hidrasi sel yang tidak optimum.

“Badan boleh berada dalam keadaan tekanan dalaman walaupun ujian klinikal kelihatan normal. Jika asas seperti air tidak berkualiti, tubuh terpaksa bekerja lebih keras untuk menapis bahan tidak diperlukan,” katanya.

Keadaan ini berpotensi menyebabkan rawatan lain menjadi kurang berkesan kerana asas dalaman belum benar-benar stabil.

Teknologi ini boleh lebih tepat mengikut fungsi setiap peranti teknologi hydrobio.

Teknologi Air: Dari Penapisan ke Pengayaan

Seiring peningkatan kesedaran ini, teknologi Hydrobio oleh MedicHOme diperkenalkan sebagai satu pendekatan sistematik dalam penjagaan air harian.

Berbeza dengan sistem penapisan konvensional, Hydrobio menggunakan lima peringkat proses merangkumi dua fasa utama: penapisan dan pengayaan.

Fasa 1: Asas Kehidupan

Tiga peringkat awal memberi tumpuan kepada penyingkiran kekotoran fizikal dan bahan tidak diingini:

  • PP Sediment Filter (5 mikron) – Menapis partikel kasar seperti karat dan lumpur.
  • UF Membrane (0.01 mikron) – Menapis mikroorganisma termasuk bakteria dengan tahap keberkesanan tinggi.
  • Pre Carbon + Resin – Menyerap klorin dan bahan kimia serta membantu mengurangkan kandungan logam berat tertentu.

Fasa 2: Sains Kehidupan

Dua peringkat akhir memberi penekanan kepada sifat dan struktur air:

  • Hydrogen Alkaline Filter – Gabungan karbon aktif dan magnesium membantu menghasilkan hidrogen terlarut yang dikaitkan dengan sifat antioksidan.
  • Active Carbon Block + Bioceramic – Karbon aktif daripada cengkerang kelapa diproses pada suhu tinggi untuk meningkatkan keupayaan penyerapan, digabungkan dengan bioceramik batuan volkanik yang dikaitkan dengan gelombang inframerah jauh.

Gabungan ini bertujuan menghasilkan air yang lebih stabil dan mudah diserap oleh sel badan.

Pelengkap Kepada Rawatan Rohani

Sebagai pengamal ruqyah, Ustaz Nik Azmi menegaskan bahawa teknologi seperti Hydrobio bukanlah pengganti rawatan moden atau rawatan berasaskan ayat suci al-Quran.

“Ruqyah tetap menjadi teras rawatan rohani. Namun apabila tubuh lebih stabil dan tidak terbeban, pesakit lebih bersedia menerima rawatan. Ini sebahagian daripada konsep ikhtiar iaitu usaha fizikal berjalan seiring dengan tawakal.”

Beliau turut menambah bahawa dalam Islam, air mempunyai kedudukan istimewa sebagai elemen penyucian dan ketenangan. Kualiti air yang baik bukan sahaja memberi kesan fizikal, malah menyokong kestabilan emosi dan fokus dalam ibadah.

Pencegahan Sebelum Rawatan

Fenomena penyakit ‘senyap’ seperti tekanan emosi, metabolik lemah dan gangguan tenaga sering berkembang tanpa disedari.

Pendekatan menjaga kualiti air di rumah dilihat sebagai langkah pencegahan awal yang praktikal, khususnya bagi keluarga moden dan golongan profesional yang memikul tanggungjawab besar.

“Ramai menunggu sakit sebelum bertindak. Sedangkan kesihatan dibina secara konsisten melalui perkara kecil yang dilakukan setiap hari,” katanya.

Kesedaran Baharu

Dalam dunia yang semakin bergantung kepada teknologi, kesedaran terhadap teknologi air berkualiti membuka ruang kepada pendekatan kesihatan yang lebih seimbang dan berterusan.

Air bukan sekadar minuman, ia asas kepada sistem tubuh, kestabilan emosi dan kesejahteraan jangka panjang.

Persoalannya kini, adakah masyarakat bersedia mengubah sudut pandang daripada merawat penyakit kepada membina asas kesihatan sejak awal?.

Penafian: Teknologi ini merupakan inovasi sokongan kesihatan dan tidak bertujuan menggantikan nasihat atau rawatan perubatan profesional.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Whatapps Channel: UTUSAN MELAYU PLUS

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img